Rumah murah. Semuanya hari ini ramai yang mahu dapatkan dan memiliki rumah di Malaysia. Itu memang tidak dinafikan.
Tapi janganlah mahu duduk rumah banglo, tetapi mahu bayar murah. Ini yang membuatkan ‘penjenayah moden’ hari ini buka mata melihatkan ia sebagai satu peluang utnuk mereka mengambil kesempatan ke atas mereka yang memberikan ruang diekplotasi.
‘Penjenayah moden’ ini sudah tidak fikir halal haram, hukuman, yang penting mereka fulus dengan cara yang mudah. Yang kasihannya apabila kebanyakan masa adalah terdiri kalangan warga emas dan juga kalangan wanita.
Ada yang terpaksa belanja mengeluarkan sejumlah RM120,000 semata untuk memiliki rumah flat kos rendah (subsale) yang hanya sebesar ala-ala kandang kucing yang berkeluasan 650 sqft.
Bagi Berita Semasa sendiri, memang sama sekali tidak percaya rumah murah ini yang jauh daripada harga pasaran sebenar. Murah boleh, tetapi berpadalah. Semak dulu harga pasaran terkini, buat perbandingan. Cuba tanya yang lebih pakar, kaasan-kawan yang betul sebelum membuat keputusan yang besar.
Rumah Murah. Sila Semak Nilai Pasaran Semasa
- Berdasarkan harga pasaran hari ini adalah sekitar antara RM110 sekaki hingga RM130 sekaki
- Apabila dibahagikan dengan RM110 bersamaan berapa kaki persegi yang diperolehi? Inikah banglo yang dikejar-kejarkah?
Ada banyak agensi kerajaan yang menawarkan rumah murah dan rumah mampu milik kepada anda termasuklah skim seperti di bawah ini :
Perkara | Butirannya |
---|---|
Rumah PPR | KLIK SINI |
Rumah PR1MA | KLIK SINI |
Rumah Myhome | KLIK SINI |
Berapa ramai yang sudah tertipu dengan skim pakej perkahwinan murah-murah, tidak cukup lagi. Ada pula skim rumah murah versi banglo yang iklannnya datang dari pemaju yang rekod entah di mana sebenarnya. Persoalannya sampai bila, masyarakat kita terus mahu serah diri untuk menjadi ‘bahan eksperimen’ kepada penjenayah moden untuk menggunapakai teknik penipuan mereka yang terkini. Sampai bila?
P/S : Berita Semasa simpati pada yang kena tipu, duit hangus rumah pun tiada. Amankah hidup hasil daripada tipu orang?
loading...