Punca Sebenar Tukaran Singapore Dollar to Ringgit Malaysia Lebih Tinggi Didedahkan!
Sekarang ini tidak Malaysia belum menghadapi kegawatan ekonomi lagi. Jikalau sedang berhadapan dengan krisis kegawatan ekonomi Malaysia, sudah pastinya satu Asia jatuh teruk ekonomi masing-masing.
Cuma sekarang ini ekonomi Malaysia sedang bergerak perlahan tidak seperti era 90 an dahulu.
Dan dikesempatan ini, pastinya ada yang iri hati melihatkan bagaimana lagak pelancong Singapore menabur dan membelanjakan duit mereka untuk membeli belah di Malaysia dek kerana nilai ringgit Malaysia hari ini dilihat turun berbanding Singapore Dollar to ringgit.
Persoalannya mereka dan kenapa tukaran Singapore Dollar to Ringgit semakin meningkat nilainya dan terus mengukuh.
Sejarah Disebalik Meningkatnya Nilai Singapore Dollar to Ringgit Malaysia
Untuk pengetahuan semua, ikut sejarahnya Malaysia, Singapore dan Brunei ada turunkan tandatangan ‘currency union aggreement’, dimana selepas itu kita keluar dari kesatuan tersebut.
Berita Semasa akan terangkannya dalam bahasa yang mudah anda fahami.
Monetary Authority of Singapore (MAS), ibarat seperti Bank Negara Malaysia versi Singapore menjalankan polisi kewangan yang berbeza iaitu secara ‘managing its currency movement’ manakala BNM menjalankan policy kewangan secara ‘targeting short term interest rate’ sebagai contoh polisi kewangan BNM beli dan jual Ringgit melalui BNM bills di dalam pasaran kewangan antara bank ayat mudahnya OPR ataupun overnight policy rate.
Jelas?
Dan kenapa MAS guna kaedah apa yang dipanggil sebagai ‘manage its currency movement’. MAS perlu buat polisi sebegini dengan cara mengurus pergerakan kadar tukaran wang Singapore Dollar to Ringgit contohnya sebagai ‘tools’ untuk mengekalkan kestabilan harga dengan kata lain nak stabilkan kadar Inflasi di Singapura sebagai asas untuk terus mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang mampan di Singapore. Maksudnya di sini nilai kadar tukaran Singapore Dollar ditentukan sepenuhnya oleh MAS bukan sebab Perdana Menteri Singappore, Lee Hsin Long yang cekap memerintah.
Persoalannya, Kenapa MAS buat cara sebegitu rupa? Ada sebabnya.
Mengapa Singapore Mahu Bertindak Sebegitu Rupa?
Sebelum itu, Malaysia adalah salah satu rakan perdagangan utama Singapore selain Amerika dan China. Untuk makluman Malaysia adalah sumber import ketiga terbesar bagi singapore (selepas Amerika dan China). Singapore ini negerinya kecil, sekangkang kera sahaja.
Jadi mana nak dapat bahan mentah di sana???? Jadi suka atau tidak, Singapore kena import apa sahaja seperti makanan, minyak, air dan banyak lagi daripada negara luar terutamanya Malaysia sebagai jirannya yang terdekat.
Oleh sebab itulah, Singapore perlu memastikan nilai tukaran Singapore Dollar to Ringgit Malaysia sentiasa tinggi atau sama paras atau tidak boleh terlampau rendah daripada negara-negara yang dia import barang-barang tersebut untuk mengekalkan kos mengimport barangan.
Itu sebabnya MAS perlu kawal kadar tukaran wang Singapore Dollar to Ringgit Malaysia contohnya dan MAS gunakan kaedah S$NEER. Apa itu S$NEER???
S$NEER ini adalah singkatan kepada Singapore Dollar Nominal Effective Exchange Rate dimana ianya merupakan satu indeks SGD terhadap beberapa matawang trading partner utamanya (termasuk Malaysia) bagi memastikan ia ‘modest and gradual appreciation of SGD’ terhadap matawang-matawang rakan dagangannya.
Langkah-langkah atau pendekatan yang diambil oleh MAS memang berkesan dan harus untuk negara Singapore disebabkan kekangan yang dihadapi negara tersebut terhadap akses kepada sumber-sumber keperluan asasi rakyatnya dan langkah tersebut sesuai dengan ekonomi singapore yang kecil serta terbuka.
Kesan Kurang Baik Kepada Singapura
Langkah-langkah ini tidak semestinya sesuai juga dengan Malaysia sebab ada akibatnya yang terpaksa diterima oleh MAS. Sebagai contoh MAS perlu bergantung dengan syarat bank pusat bagi negara rakan dagangan.
Dengan kata lain Monetary Authority of Singapore (MAS) sudah tidak bebas di mana apabila bank negara amerika mahu menaikkan naikkan kadar faedah mereka, MAS pun perlu naikkan kadar faedahnya juga
Kesannya samalah dengan kita tambat Ringgit dahulu dimana contohnya negara pada ketika Amerika naikkan kadar faedah mereka, kita pun kena naikkan juga kadar faedah aka OPR yang mana akibatnya telah beri kesan kepada kadar faedah kepada pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan sebagainya.
- Kadar faedah meningkat
- Kadar bayaran bulanan juga akan turut bertambah
Jelas?
loading...