Sudah lama Bank Negara Malaysia tidak mengumumkan kenaikan kadar faedah semalam BNM OPR.
Paling akhir pada tahun 2014 yang lalu.Bank Negara Malaysia ada mengatakan yang mereka mungkin mempertimbangkan dasar monetari mereka melihatkan kepada keadaan makro ekonomi global dan juga domestik.
Kata mereka lagi, ini semua bagi memastikan yang pertumbuhan ekonomi Malaysia akn terus mampan.
Sehingga mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari baru-baru iaitu yang terakhir pada tahun ini, Berita Semasa melihatkan ini merupakan isyarat yang terkuat yang diberikan oleh jawatankuasa tersebut yang masih lagi mengekalkan BNM OPR pada kadar 3 peratus.
Punca Kenaikan Faedah oleh Bank Negara Malaysia
Bertambah kuat lagi disebalik penelitian laporan berita Bloomberg yang megarakan aliran keluar melibatkan bon Malaysia semakin melonjak naik.
Impaknya nilai Ringgit Malaysia akan terus merosot
Jadi untuk mengelakkan aliran keluar bon Malaysia terus meningkat naik, BNM OPR mungkin terpaksa dinaikkan bagi menarik kembali keyakinan untuk menanam modal mereka dalam ringgit Malaysia. Mungkin.
Dan kenaikan ini bakal memberikan berita buruk kepada pemain hartanah
loading...