Penjawat Awam. Emolumen Naik 150 Peratus vs Pendapatan Negara Naik Hanya 57 Peratus

ADS by GOOGLE

Penjawat Awam. Emolumen Naik 150 Peratus vs Pendapatan Negara Naik Hanya 57 Peratus
Bilangan penjawat awam di Malaysia antara yang tertinggi di dunia.
Kerajaan Malaysia dilihat berada dalam dilema samada mahu mendapat terus pengaruh dan sokongan dikalangan penjawat awam sebagai kesinambungan untuk mengekalkan kuasa melalui undi pilihanraya umum ataupun melakukan sesuatu bagi mengelakkan lonjakan perbelajaan menguruskan saiz yang besar dalam sektor awam.
Natijahnya cukup besar, kerajaan terpaksa menganggung akan penjawat awam dan tidak memotong angka, negara akan menanggung hutang domestik dan asing yang lebih besar.
Kos perbelanjaan dilihat mula melonjak secara mendadak sejak datuk Seri Najib Razak diberikan tanggungjawab memimpin Malaysia berbanding pada era Tun Abdulllah dan Tun Mahathir Mohamad.
Jikalau mahu dibuat perbandingan nisbah antara rakyat dengan kakitangan awam di negara kita, Malaysia lebih tinggi berbanding negara lain dibandingan dengan China, Rusia, Singapura, Jepun, Singapore, Korea Selatan.
NegaraNisbah
Malaysia1:19.37
Jepun1:28
Korea Selatan1:50
Singapura1:71.4
Rusia1:84
China1:108
Indonesia1:110
United Kingdom1:118
Kita akan mengatakan perbandingan tidak adil kononnya Singapura adalah negara yang kecil tetapi bagaimana pula dengan China, Indonesia, United Kingdom dan negara Rusia.
Hakikatnya hari ini, kita terpaksa membelanja sejumlah RM74 bilion semata-mata untuk memelihara jumlah penjawat awam di Malaysia. Ya, sesuatu perlu dilakukan.

Jumlah Penjawat Awam Terus Meningkat Naik

Semakin besar saiz sektor awam, semakin bertambah birokrasi yang ada dan semakin terdedah kepada gejala rasuah. Berdasarkan rekod, bekas Presiden Cuepacs Malaysia pernah membongkarkan yang mana bersumber Laporan Barometer Rasuah Global 2009, sejumlah 41 peratus dari saiz kakitangan awam di Malaysia terlibat dalam rasuah.
TahunJumlah penjawat awam
1995670 ribu
1996669 ribu
2001719 ribu
2002781 ribu
2005924 ribu
2008974 ribu
20091.015 juta
20101.039 juta
20111.061 juta
20121.074 juta
20131.138 juta
20141.201 juta
20151.268 juta
Lihat sahaja jumlah Jabatan Perdana Menteri yang terus bertambah dari 21 ribu kepada 43 ribu. Sedangkan negara polis dunia, Amerika Syarikat hanya memerlukan 1,888 kakitangan sahaja.
Datuk Seri Johari Abdul Ghani selaku Timbalan Menteri Ekonomi sendiri melahirkan kebimbangan dan memberikan amaran jumlah akan terus meningkat sehingga boleh terus mengurangkan dan menjejaskan pendapatan dan hasil negara Malaysia
Berdasarkan rekod emolumen sektor kerajaan (gaji, elaun, faedah) telah naik kepada 138 peratus dari tahun 2007 hingga tahun 2017. Tetapi, pendapatan kerajaan Malaysia hanya naik sekadar 57 peratus sahaja.
TahunJumlah pendapatan kerajaan Malaysia
2007RM139.9 bilion
2017RM219.7 bilion
TahunJumlah pembayaran gaji penjawat awam
2003RM22 bilion
2007RM32.5 bilion
2016RM74 bilion
2017RM77.4 bilion
TahunJumlah pembayaran pencen pesara kerajaan
2003RM5.9 bilion
2016RM19 bilion
Antara yang pernah gusar dan mengutarakan masalah saiz penjawat awam di Malaysia :
  • Mohammad Sherif Kassim, bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan
  • Abdul Razak Baginda dari Pusat Hal Ehwal Global Malaysia
PerkaraButirannya
Jumlah Penjawat awam di Malaysia1.6 juta
Sejarah bonus penjawat awamKLIK SINI

Masuk atau tidak Polis, tentera, guru dalam jumlah kakitangan di sektor awam, kerisauan utama ramai adalah jumlah perbelanjaan terhadap sektor awam terus meningkat naik dari tahun ke tahun. Persoalannya sampai bila?

ADS by GOOGLE
loading...