Guru Sekolah Makin Tertekan, Migrain. Punca? Pelajar, Pentadbir, Beban Kerja atau Ibu Bapa?
Yang jadi cikgu dan guru di skeolah hari ini ada yang datang daripada pelbagai latarbelakang. Ada golongan guru yang ‘kuat mental’ dan ada yang emosi ‘ikut-ikutan’.
Ada yang kalangan guru yang benar-benar bertekad menjadi guru. Ada yang dapat jadi guru dek kerana profesion pilihannya tidak kesampaian. Ada yang ikut jalan depan, ada yang ikut pintu belakang untuk masuk dalam profesion perguruan yang ada hari ini. Jadi pendek kata, pelbagai jenis guru yang ada di sekolah.
Tetapi mereka tetap bergelar guru di sekolah. Samada mereka ‘kuat’ ataupun tidak. Mereka tetap kena berhadapan dengan situasi hari ini di sekolah.
Kenapa Guru Sekolah Ada Tekanan Seteruk ini?
Hari ini dilaporkan bilangan guru sekolah yang ‘bermasalah’ semakin ramai. Masalah seperti apa?
- Guru yang kena ambil pil penenang
- Guru kena ambil pil tidur
- Guru yang kena telan pil ubat kemurungan
Gara-gara masalah kerisauan dan migrain yang melampau dikalangan guru hari ini.
Budak-budak hari ini. Manja. Ditambah pula mak ayah yang turut memanjakan anaknya. Manja pun berpadalah. Dasar pun ini tidak boleh, itu tidak boleh.
P/S : Dahulu masih ingat lagi. Kalau kena bantai dan rotan tidak berani sama sekali beritahu ayah di rumah. Takut mereka tahu. Kalau tidak dua kali dapat di rumah. Takut….Ibu bapa sekarang banyak yang manjakan anak.
PP/S : Bagi Berita Semasa sendiri, apa-apa profesion mesti datang dengan minatnya. Semua profesion pasti ada masalah dan tekanan dalam kerja. Jikalau minat, datanglah apa bencana, masalah sekalipun, Insyaallah mampu berhadapan dan menanganinya dengan baik. Jadi sudah diberikan peluang dan tempat gunakan dengan sebaiknya untuk mendidik anak bangsa dan generasi masa hadapan. Sememangnya kerja guru adalah kerja yang mulia.
PPP/S : Berita Semasa dimaklumkan dan diberitahu yang mana ada kalangan pentadbir sekolah yang terlebih bermasalah? Betulkah? Guru-guru sila kongsikan pengalaman?
loading...