Kenaikan Gaji Penjawat Awam Naik Dipercepatkan! Kesian Ramai Yang Terpaksa Bayar Hutang
Dapat gaji terpaksa bayar macam-macam. Daripada tinjauan yang dilakukan oleh pihak Cuepacs Malaysia penjawat awam terpaksa bayar hutang pinjaman kereta, pinjaman perumahan kerajaan, sewa rumah daripada 60 peratus gaji yang diterima mereka.
Itu belum termasuk lagi 40 peratus pendapatan bulanan yang dterima untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan harian dan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh kakitangan kerajaan hari ini terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar speerti Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Anda-anda semua rasa atau tidak? Akhirnya berapa yang tinggal di hujung bulan?
Simpanan bulanan jauh sekali. Oleh itu Cuepacs Malaysia mengharapkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak meluluskan syor kenaikan gaji penjawat awam naik dan disegerakan bagi membolehkan “anak buahnya” bernafas selepas terus dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi hari ini.
Kenaikan Gaji Penjawat Awam : Wajar atau Tidak?
Mungkin waktu-waktu begini adalah tempoh yang terbaik untuk mengumumkan satu berita kenaikan gaji kakitangan awam naik. Feel good kepada mereka menjelang tempoh mandat yang sudah semakin hampirrr….Serampang dua mata.’
Mungkin ada berita gembira tidak lama lagi daripada kerajaan untuk penjawat awam semua?
Dan dilihat kepada cadangan pembentangan Bajet 2018, kalangan penjawat awam dan kakitangan kerajaan telah menyerbu dan melontar cadangan supaya kenaikan gaji naik serta elaun naik untuk mereka dan berharap ia mendapat kelulusan pada hari pembentangan kelak. Antara cadangan paling popular ialah :
- elaun perkhidmatan naik
- kenaikan gaji naik sekurang-kurangnya 4 peratus
- elaun perumahan sekurang-kurangnya RM100
- Bonus penjawat awam yang benar-benar bonus
PP/S : Berita Semasa berharap sangat agar gejala “overlap” dihentikan. Jangan “overlap” sampai terduduk setiap hujung bulan. Hiduplah dalam keadaan berpada.
PPP/S : Gaji N19 bertaraf SPM sahaja hari ini sudah menjangkau RM1,700 hingga RM1,800. Tetapi Berita Semasa difahamkan ada yang telah membuat pelbagai pinjaman. Tolak itu ini, akhirnya di tangan hanya RM800 – RM900 sahaja setiap bulan.
loading...