Bonus Selangor. Dua Bulan Bonus Daripada Gaji Masing-Masing. Lumayan!
Nah…tertinggi dalam sejarah. Nampaknya pesta berlumba-lumba memberikan dan memulangkan semual hasil kepada penjawat awam sudah pun bermula.
Pada ketika Cuepacs sedang bergasak dengan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib Razak supaya memberikan bonus raya sejumlah RM1,000 setiap seorang kakitangan awam di Malaysia. Kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali telah membuka langkahnya.
Dengan simpanan dan rizab tunai melebihi angka RM4,000,000,000 aka RM4 bilion Berita Semasa difahamkan kerajaan Selangor berbesar hati memberikan bonus Selangor sempena Bulan Ramadhan dan juga menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri sebanyak bonus dua bulan gaji kakitangan kerajaan negeri Selangor aka 2 bulan bonus
Jumlah Pembayaran Bonus Selangor Sempena Raya
- Jikalau gaji anda RM2,000 sebulan, bonus yang akan diterima kelak adalah sejumlah RM4,000
- Manakala jikalau gaji anda RM10,000 sebulan, bonus raya yang akan diterima kelak adalah berjumlah RM20,000
- begitulah seterusnya
Lumayan bukan?
Perkara | Butirannya |
---|---|
Peruntukkan | RN63.3 Juta |
Tarikh pembayaran | 21 Jun 2017 |
Jumlah bonus raya | 2 bulan gaji |
loading...