Pada zaman moden ini, kebanyakan orang mampu mempunyai telefon pintar yang boleh memenuhi keperluan masing-masing. Melalui telefon pintar, muncullah sistem-sistem pengangkutan seperti Uber dan Grab Taxi yang hangat digunakan oleh orang ramai di pasaran sekarang. Sistem-sistem tersebut berfungsi untuk memesan kereta peribadi untuk tujuan pengangkutan.
Bayangkan, anda boleh menggunakan Uber atau Grab Taxi untuk balik ke rumah anda dari tempat pekerjaan dengan secepat mungkin dan mudah tanpa menunggu pengangkutan awam seperti LRT dan bas. Anda juga tidak perlu berkongsi tempat duduk dengan orang ramai yang tidak dikenali dalam keadaan yang letih. Uber dan Grab Taxi mempunyai kelebihan masing-masing yang masih belum diketahui ramai. Marilah kita mengenali berbandingan kedua-dua sistem pengangkutan dengan lebih terperinci.
Sebelum anda memesan Uber ataupun Grab Taxi, kadar tambang anda di antara dua tempat dan anggaran tempoh masa untuk menyampai ke destinasi akan ditunjukkan kepada anda. Oleh itu, anda tidak perlu berasa risau jikalau anda tersesak di tengah jalan sebelum sampai ke destinasi anda seperti cara yang digunakan oleh teksi-teksi di kebanyakan negara. Tambahan pula, tiada bayaran lebih yang akan dikenakan jika anda memesan Uber atau Grab Taxi pada waktu tengah malam. Kedua-dua sistem pengangkutan ini telah memudahkan orang ramai juga dengan menerima pembayaran tambang melalui wang tunai atau kad kredit. Kadang-kala Uber dan Grab Taxi akan memberikan potongan harga tambang yang dikenali sebagai ‘Promo Code’ kepada para pelanggan mereka. Selain itu, setiap pelanggan boleh menghantar maklum balas terhadap layanan pemandu mereka setelah tamat tunggangan melalui sistem-sistem tersebut. Maklum balas tersebut boleh menilai tahap layanan pemandu agar pelanggan seterusnya mampu mengetahui sikap atau etika kerja permandu tersebut. Maklum balas tersebut amat penting kerana ia juga akan mempengaruhi insentif mereka. Oleh sebab itu, mereka pastinya akan menjalankan tugas mereka dengan sikap yang peramah dan ikhlas.
Perbezaan yang paling jelas di antara Uber dan Grab Taxi adalah cara berurusan dan tambang yang dikenakan oleh kepada pelanggan-pelanggan mereka. Uber mengenakan tambang kepada pelanggannya berdasarkan jarak di antara lokasi dengan destinasinya dan juga tempoh masa sepanjang perjalanan tersebut.
Manakala Grab Taxi mengenakan kadar tambang kepada pelanggannya dengan harga yang tetap berdasarkan jarak di antara lokasi dan destinasi. Maka jelaslah bahawa tambang Grab Taxi adalah lebih murah semasa dalam keadaan yang sesak di jalan raya. Lebih-lebih lagi, Grab Taxi jarang akan melonjakkan tambangnya pada waktu puncak seperti waktu orang ramai pulang ke rumah dari tempat pekerjaan. Uber pula pasti akan mengenakan kadar tambang kira-kira dua kali ganda kepada pelanggannya pada waktu tersebut.
Jelaslah bahawa Grab Taxi mempunyai lebih kebaikan berbanding dengan Uber. Namun begitu, masih ada ramai orang yang gemar menggunakan Uber sebagai pengangkutan utama mereka. Oleh itu, tentunya semua orang mempunyai keutamaan untuk memilih sistem pengangkutan kegemaraan masing-masing. Uber dan Grab Taxi merupakan sistem-sistem pengangkutan yang amat berjaya kerana ia telah membantu ramai individu yang tidak mampu membayar kos tambang teksi yang agak mahal serta telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.
loading...